Leontopodium nivale
Leontopodium nivale

Leontopodium nivale

Leontopodium alpinum Colm. ex Cass.Leontopodium nivale, yang biasa disebut edelweis (Inggeris: edelweiss), ialah spesies bunga gunung yang tergolong dalam keluarga daisi atau bunga matahari, Asteraceae. Tumbuhan ini lebih suka kawasan berbatu kapur pada ketinggian kira-kira 1,800–3,400 meter (5,900–11,200 ka). Ia tidak beracun dan telah digunakan dalam bidang perubatan tradisional sebagai ubat terhadap penyakit perut dan pernafasan. Daun dan bunganya dilitupi dengan bulu tebal, yang bertindak melindungi tumbuhan ini daripada kesejukan, kegersangan, dan sinaran ultraungu.[1] Oleh kerana ia bunga langka, berumur singkat dan hanya ditemui di kawasan pergunungan tinggi, tumbuhan ini digunakan sebagai simbol bagi alpinisme, keindahan lasak dan kesucian. Ia dikaitkan dengan Pergunungan Alp dan Karpatos. Ia menjadi lambang di beberapa negara, khususnya Romania, Austria, Bulgaria, Slovenia dan Switzerland. Mengikut tradisi rakyat, memberikan bunga ini kepada orang yang dikasihi ialah janji berbakti.

Rujukan

WikiPedia: Leontopodium nivale https://books.google.com/books?id=hrJkAAAAMAAJ&pg=... https://books.google.ch/books?id=5Ek-AAAAcAAJ&pg=P... http://digital.idiotikon2.ch/idtkn/id16.htm#page/1... http://www.theplantlist.org/tpl1.1/record/gcc-9871... http://www.iucnredlist.org/details/202984/0 https://link.springer.com/article/10.1007/s11101-0... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27220065 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC49240... https://books.google.com/books?id=4zcoAAAAYAAJ&pg=... https://books.google.ch/books?id=LkIFAAAAQAAJ&pg=P...